Abang Tesla mohon maaf kepada kaum lelaki, ramai kena marah sebab dirinya kahwin dua
Abang Tesla minta maaf pada lelaki,ramai kena marah sebab dirinya berkahwin dua. Nampaknya nama abang Tesla terus menjadi sebutan ramai. Terkini dalam video terbaru dimuat naiknya, pemilik nama sebenar Muhammad Khal Iltizam Yusry meminta maaf kepada orang lelaki di luar sana.
Katanya, disebabkan dirinya berkahwin dua, ramai lelaki di luar sana yang menjadi sasaran isteri masing-masing sampaikan nak keluar rumah pun dilarang. Dengar lagu pun salah, pendek kata apa dibuat semuanya jadi salah.
Abang Tesla Minta Maaf Pada Lelaki
“Aku nak minta maaf dengan lelaki di luar sana, yang kena bebel dengan isteri masing-maisng,” katanya dalam video dimuat naik sebentar tadi.
Dalam pada itu Abang Tesla akui ramai salah faham poligami hingga ramai mengecamnya.
Memetik laporan portal hiburan Oh Bulan, menurut Abang Tesla, dia menyedari tindakannya berkahwin sekali lagi telah mengundang kritkan netizen sehingga ada yang melemparkan kata-kata tidak manis terhadapnya.
Ramai Kena Marah Sebab Dirinya Berkahwin Dua
Bagaimanapun jelas Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry, orang ramai tidak faham mengenai maksud sebenar poligami. Katanya, proses poligami telah membuatkan dirinya lebih menghargai sesuatu.
Satu Malaysia kecam saya, awak (isteri pertama) tahu kan pasal itu. Saya nak salahkan mereka pun tak boleh.
Ramai yang buat poligami tapi ikut jalan yang salah, tak buat dengan betul. Kalau nak ikutkan kecaman dengan sakit hati awak, lagi sakit hati awak.
Ramai yang tanya, tak sayang bini ke? Bukan tak sayang, tapi apa yang saya belajar sepanjang proses nak poligami ini, perbetulkan apa yang silap. Ternyata ramai yang tak faham ayat perbetulkan apa yang silap.
Apa yang saya nampak di sini, saya lebih menghargai. Kalau dulu saya tak menghargai sesuatu itu.
Abang Tesla berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran video terbaharu di Instagram miliknya. Bagaimanapun, menerusi tinjauan, video terbabit telah dipadam.
Dalam pada itu, Abang Tesla berkata seorang isteri mudah untuk masuk ke dalam syurga sekiranya taat pada Allah dan suami.
Ada yang tanya, kalau sayang kenapa kahwin dua. Saya rasa apa yang ustaz cakap itu sama, isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai. Itu yang saya dapat, bila saya jauh saya rasa benda itu.
Mungkin ramai yang salah tafsir soal poligami, ramai perempuan di luar sana kata tidak adil. Allah itu Maha Adil, perempuan senang masuk syurga, senang masuk neraka.
Kenapa senang masuk syurga? Perempuan nak masuk syurga hanya taat pada Allah dan suami. Kenapa senang masuk neraka? Sebab perempuan tidak taat pada Allah dan suami.
Dalam masa sama, Abang Tesla menjelaskan, poligami hendaklah dipandang dari sudut yang positif.
Tambah Abang Tesla lagi, disebabkan poligami dirinya bertambah sayang pada isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari.
Perkara itu orang lain tak faham, mereka hanya kaitkan dengan nafsu semata-mata. Bila pandang poligami dengan indah, kita akan nampak yang indah. Kalau pandang dengan sudut negatif, begitulah yang terjadi di Malaysia, nak cakap pun susah.
Kita tak boleh nak tutup mulut orang, tak boleh nak cakap apa-apa. Awak sahaja yang tahu saya macam mana.
Saya tahu Allah mampu berbolak balik hati manusia sekelip mata, tapi apa yang saya belajar sekarang ini adalah erti menghargai. Dulu kita berdua pernah rasa berjauhan, daripada situ dah mula belajar. Kalau nak cakap tak sayang itu, sumpah makin sayang.
Saya nak pesan pada orang ramai, jagalah percakapan kita. Sebab kita tidak tahu perkara macam ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Hormatilah dan hargailah isteri, takutlah pada Allah.
Sebelum ini, Abang Tesla mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi. Menurut abang Tesla, dia telah mendapat restu dari isteri pertamanya dan akui reda.
Comments
Post a Comment