Posts

Showing posts from August, 2023

“Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai, Orang Ini Bod**!” – Ustaz Azhar Idrus

Image
Abang Tesla oh Abang Tesla! Korang nak baca lagi ke artikel pasal Abang Tesla ni? Kah! Apapun, kali ni Ohmedia nak kongsi pandangan daripada Ustaz Azhar Idrus tentang ayat ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’ ADVERTISEMENT Ayat tu dinyatakan Abang Tesla yang didakwa diterimanya daripada seorang ustaz yang bercakap soal poligami. Ramai yang tanya, tak sayang bini ke? Bukan tak sayang, tapi apa yang saya belajar sepanjang proses nak poligami ini, perbetulkan apa yang silap. Ternyata ramai yang tak faham ayat perbetulkan apa yang silap. Apa yang saya nampak di sini, saya lebih menghargai. Kalau dulu saya tak menghargai sesuatu itu. Ada yang tanya, kalau sayang kenapa kahwin dua. Saya rasa apa yang ustaz cakap itu sama, isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai. Itu yang saya dapat, bila saya jauh saya rasa benda itu. Jadi, apa pula kata Ustaz Azhar Idrus? Dalam satu perkongsi video ceramah terbaru Ustaz Azhar Idrus, UAI mempersoal dari manakah data

Terjumpa Wrga Emas Mengesot Nak Pergi Beli Ikan Pukul 3 Pagi , Wanita Beranikan Diri Turun Kereta Selamatkan Nenek Sebatang Kara.

Image
  Keberadaan satu 'objek' statik di tengah jalan seawal pukul 3 pagi pastinya menggerunkan sesiapa sahaja. Perkara utama adalah berkaitan keselamatan kerana dibimbangi ia taktik baharu penjenayah untuk menyamun mngsa. Namun seorang wanita memberanikan diri apabila sanggup memberhentikan kereta untuk mendekati seseorang yang tidak dikenalinya di tengah jalan. Menerusi perkongsian video, dia menyatakan kejadian tersebut berlaku di kawasan perumahan berhampiran rumahnya di Kamunting, Taiping Perak. "Pukul 3 pagi aku, tiba-tiba nampak something mencurigakan... aku ingatkan hantu tak ada kepala, jadi tarik nafas panjang sekejap. "Kemudian aku perasan seorang makcik ni. Aku berhenti tanya nak ke mana... rumah di mana aku nak hantar balik sebab memang tak ada sesiapa di jalan pada waktu tu," ujarnya di ruangan kapsyen. Pun begitu, menerusi rakaman video, jawapan yang diberikan wrga emas terbabit sedikit mengejutkan kerana dia menyatakan ingin ke pasar untuk membeli ikan

Bukit Bintang Panas Lagi, Kali Ini Sekumpulan Wanita Seksl Bergelek Pula

Image
  Baru sahaja selesai isu kedai manisan Arab depan Lot10, sekarang ni ada pula pihak yang buat pasal dekat Bukit Bintang lagi. ADVERTISEMENT Kali ni lebih parah sebab dalam video yang tersebar dekat TikTok tu, terlihat sekumpulan wanita dengan berpakaian seksi nampak perut dan pinggang bergelek di hadapan kedai ‘Buy & Save’. Difahamkan, tarian yang dilakukan itu adalah trend ‘ki dance re vhai’ dan merupakan antara persembahan sempena sebuah acara yang berlangsung di kawasan tersebut. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen persoalkan bagaimana acara seperti itu dapat kelulusan untuk dilakukan di tempat umum. Kredit:  TikTok  + Baca respon pembaca di  Facebook  dan  Telegram  Oh! Media. Berita lain yang popular...

Abang Tesla mohon maaf kepada kaum lelaki, ramai kena marah sebab dirinya kahwin dua

Image
  Abang Tesla minta maaf pada lelaki,ramai kena marah sebab dirinya berkahwin dua. Nampaknya nama abang Tesla terus menjadi sebutan ramai. Terkini dalam video terbaru dimuat naiknya, pemilik nama sebenar Muhammad Khal Iltizam Yusry meminta maaf kepada orang lelaki di luar sana. Katanya, disebabkan dirinya berkahwin dua, ramai lelaki di luar sana yang menjadi sasaran isteri masing-masing sampaikan nak keluar rumah pun dilarang. Dengar lagu pun salah, pendek kata apa dibuat semuanya jadi salah. Abang Tesla Minta Maaf Pada Lelaki “Aku nak minta maaf dengan lelaki di luar sana, yang kena bebel dengan isteri masing-maisng,” katanya dalam video dimuat naik sebentar tadi. Dalam pada itu Abang Tesla akui ramai salah faham poligami hingga ramai mengecamnya. Memetik laporan portal hiburan Oh Bulan, menurut Abang Tesla, dia menyedari tindakannya berkahwin sekali lagi telah mengundang kritkan netizen sehingga ada yang melemparkan kata-kata tidak manis terhadapnya. Ramai Kena Marah Sebab Dirinya Be

“Hutang wajib dibayar” - Balu Allahyarham Abam belum terima ganti rugi, desak Ali Puteh bayar RM76,000

Image
BALU   Allahyarham Abam mendedahkan pelawak dan pelakon Ali Puteh masih belum membayar hutang sebanyak RM76,000 seperti dipertintahkan mahkamah susulan kalah kes saman fitnah pada tahun lalu. Nor Hidayah Mohd Ali berkata, sehingga kini dia masih belum menerima sebarang bayaran daripada bekas adik iparnya itu dan mengingatkan Ali untuk berbuat demikian. Kata Hidayah, dia terpanggil untuk menuntut hutang selepas terbaca laporan sebuah portal berita tentang perniagaan diusahakan Ali ketika ini mendapat sambutan ramai. "Baguslah (perniagaan maju) tapi duit saya menang saman dari 18 Februari 2022 sampai ke hari ini masih belum bayar dan jangan buat-buat lupa ya. Perkongsian Hidayah di Instagram miliknya. "Dah bulan Ogos masih tak bayar lagi sampai sekarang, jangan diam saja... Awak masih berhutang dengan saya RM76,167.28 sehingga kini," katanya. Hidayah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu. Menerusi perkongsian portal

Mengejutkan! Majlis Lagi Seminggu, Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Batalkan Majlis Nikah, Tak Sangka Ini Jadi Punca! - KASI VIRAL

Image
  MAJLIS  penikahan dan resepsi perkahwinan pasangan artis iaitu Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos depan di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dibatalkan. Perkara itu disahkan oleh wakil pengurusan artis berkenaan iaitu Iman Tang dalam satu mesej ringkas yang dihantar kepada tetamu dan jemputan khas. Mesej pembatalan itu dikirimkan melalui agensi pengurusan jemputan artis yang dilantik. “Saya dan pihak pengurusan ingin mengumumkan bahawa majlis pernikahan dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafiq Shamim yang dijadualkan 18 Ogos 2023 di Puncak Rimba, Bentong, Pahang telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Pasangan ini dilaporkan akan mengadakan majlis pernikahan dan resepsi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang. “Mohon maaf atas segala kesulitan,” demikian mesej itu yang dihantar kepada tetamu pada Jumaat. Rakan-rakan artis dan jemputan yang menerima mesej pembatalan itu juga turut terkejut kerana majlis itu hanya akan berlangsung da

Kereta kena tarik? Wanita rasa menyesal, gaji RM10k pun belum mampu bayar Vellfire

Image
  Lebih baik hidup dalam kesusahan daripada pura-pura kaya tetapi realitinya, hutang dikeliling pinggang kerana bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri yang menggalakkan kita untuk berbelanja mengikut kemampuan sendiri. Tapi, agak berbeza bagi seorang wanita Aien Suraya apabila berkongsi video yang memaparkan kereta mewah miliknya dipercayai ditarik oleh sebuah trak tunda di pekarangan rumahnya. Melalui video TikTok tersebut, usahawan tudung itu mengatakan bahawa dia tersilap langkah dalam menguruskan kewangan  dan terjerat dengan hutang kerana menyangka pendapatan diperolehnya sebanyak RM10,000 sebulan mampu memiliki kereta jenis Toyota Vellfire. Difahamkan, dia berasa terbeban untuk menjelaskan hutang kenderaan berwarna putih tersebut yang perlu dibayar sebanyak RM3,000 sebulan dan turut mengakui kesilapannya memilih kereta itu sebagai kegunaan harian. Aien turut berkongsi bahawa sifat teringin yang membuak-buak bagi memiliki kereta yang popular bagi golongan T20 itu menjadi pun