[Video] “Nasib baik tak kena mata nanti buta” – Shuhada dah lama ditindas doakan kebahagiaan Hafidz Roshdi dan pasangan
Isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menyifatkan kesakitan menerima jahitan kecederaan pada bahagian wajahnya adalah lebih perit berbanding kesakitan sewaktu jahitan bersalin.
Nurul Shuhada atau mesra dengan panggilan Shu berkata, dia juga sukar untuk menjawab soalan apabila ditanya jika suaminya membantu atau tampil memohon maaf selepas kejadian ditumbuk sebanyak tiga kali pada Khamis lalu.
“Hadiah hari jadi (penumbuk) saya ke-29, dapat lebih daripada 10 jahitan. Jahit ni lagi sakit dari jahit beranak, sakit sangat-sangat. Nasib tak kena kat mata, tak pasal buta sebelah lagi la susah kan.
“Tak boleh nak describe macam mana. Susah nak cakap. Kita tak tahu keikhlasan orang. Dah minta maaf ke? Hanya Allah yang tahu,” katanya ketika ditemu bual Melodi.
“Rasanya dia lagi tahu. Sbu tak boleh nak komen sangat, benda dah lepas. Shu harap perkara ini akan iktibar untuk semua. Kalau pun pernah terjadi, serahkan kepada pihak polis untuk selesaikan. Kita tahu kita di tangan yang betul,” ujarnya.
“Dah tujuh tahun kahwin dengan Hafidz, dah tahu perangai dia macam mana. Macam mana nak handle. Dari pengalaman yang lepas.. kalau saya mengeluarkan kata-kata provokasi, memang saya bodohlah untuk dapat luka macam ni.
“Pihak luar sana, korang tak kenal Shu macam mana. Shu dan Hafidz still bercakap dengan baik. Dengan pihak ketiga pun, saya takkan jatuhkan maruah pergi tarik-tarik rambut,” luahnya lagi.
“Kalau betul Hafidz dan Athira berkahwin, saya mengucapkan selamat pengantin baharu. Hidup la dengan bahagia, tenang, dirahmati Allah SWT. Semoga perkahwinan anda berdua kekal hingga ke jannah,” katanya.
Comments
Post a Comment