[VIDEO] “Jangan Buat Kerja Gila, Ingat Benda Ni Main-Main Ke” – Terima Barangan Hantaran, DSV Kena Lamar Dengan Siapa?
Usahawan selebriti popular, Datuk Seri Vida (DSV) terperanjat setelah menerima sebekas barang hantaran daripada individu tidak dikenali.
Mendedahkan perkara terbabit di hantaran terbaharu Instagram, DSV menerima barangan berbungkus kain yang diserahkan menerusi pembantu peribadinya.
“For me? Takutnya… Saya dilamar? Siapa yang lamar? Jangan buat main.
“Lamar-lamar ni sensitif. Jangan buat kerja gila ya, terkejut saya,” kata DSV dalam video.
DSV juga tertanya gerangan individu yang menghantar barangan hantaran terbabit di ruangan kapsyen.
“Siapa pulak Nak MELAMAR saya ni? Jangan Buat Kerja GILA hari Jumaat ni. Ingat benda main-main ke? SIAPA PUNYA KERJA NI?” tulisnya.
Menerusi ruangan komen hantaran terbabit, ramai peminat mendoakan pelantun lagu Ku Ikhlaskan ini dengan perkara yang baik-baik.
Hantaran video terbabit mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya mendoakan hal yang baik buat pelantun lagu I Am Me itu.
“Untung jadi DSV. Ada sahaja orang melamar dan cuba mendekati. Saya ini tiada orang pun lamar.
“Bersyukurlah Datuk ada orang nak lamar tu.
“Beruntungnya orang itu memiliki DSV. Tolong terima dengan hati terbuka, jangan kecilkan hati insan tersebut.
“Jeng jeng jeng, tahniah Datuk,” tulis pengikut DSV di ruangan komen.
Terdahulu, DSV pernah mencetuskan kontroversi apabila perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Ahmah Iqbal Zulkefli tidak menjadi kenyataan.
Comments
Post a Comment