[VIDE0] Eina Azman Menangis Sebab Suami Tak Ucap Hari Lahir, Jadi ‘Overthinking’ Banyak Kes Penyondol

 


Teka teki kenapa pelakon, Datin Paduka Eina Azman menangis berserta emoji patah hati di Instagram Stories akhirnya terjawab.

Satu Malaysia kena ‘prank’

Menerusi rakaman video, Eina, 27, dilihat baru saja melancarkan produk keluaran terbaru pada malam Jumaat di TikTok yang dihoskan oleh Didie Alias.

Ketika ‘soft launch’, suaminya iaitu Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah hadir membawa jambangan duit RM100 yang tidak dapat dipastikan jumlah sebenar.

Eina yang terkejut dengan kejutan itu mengalirkan air mata gara-gara ‘prank’ yang dibuat suami.

Kata pemilik nama Ainur Syakina Azman, dia menjadi terlalu banyak berfikir selepas suaminya tidak memberi ucapan selamat hari lahir pada 13 Mac lalu.

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga mengakui kes penyondol  yang makin berleluasa juga menjadi punca timbulnya perasaan risau.

Malu sayang. You buat I overthinking. Nowdays kan banyak kes (penyondol). Pertama kali dia buat tak tahu dengan saya, tak wish birthday.

Saya tak nak semua ini (jambangan duit). Saya nak dia wish, nak dia jadi normal. Orang kan selalu kata, bila suami dah tak ucap apa-apa dia dah lain.

Tak pernah lupa ‘birthday’

Dalam pada itu, Kaiser turut meminta maaf kerana tidak menyangka kejutan itu telah membuatkan hati isterinya terguris.

Saya nak buat kejutan untuk dia, saya tak nak orang tahu. Ini kali pertama dia bekerja pada hari ulang tahunnya. Sebelum ini tak pernah.

Sorry sayang. I want to surprise you. Never forget your birthday. I love you so much.

Sebelum ini, Eina juga berkongsi ayat berkaitan ‘menghargai’ seseorang dalam hantaran yang berbeza di Instagram.

Terdahulu, Eina berkahwin dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada tahun 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak kembar iaitu Karl Kareef dan Arianna Aubrey, 6.

Sumber: TikTok

 

Comments

Popular posts from this blog

Wang bantuan persekolahan RM109,000 hilang sekelip mata dicuri

(VIDE0) Insiden Fasha Sandha Cedera Di Set Penggambaran, Azhan Rani Tampil Beri Respons – “Rehearsal Dah Dilakukan, Segalanya Hanya Teknik Saja Tapi…”

Taska Biarkan Budak-Budak dalam Bilik Isolasi Yang Kosong Tiada Apa Apa