Pemandu treler gilis murid sekolah dipvkvl orang awam
KLANG - Polis mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang pemandu treler yang dipukul oleh orang awam semasa kejadian babit kenderaan itu dengan sebuah motosikal di Kampung Telok Gong, di sini, pada Rabu. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pemandu berusia 36 tahun itu, cedera di pipi kanan dan telah mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) sebagai pesakit luar. "Pemandu telah buat laporan di Balai Polis Pandamaran, di sini petang semalam (Rabu) berhubung kes dia dipukul oleh individu yang belum dikenal pasti. "Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti pelaku terbabit," katanya pada Khamis. Hoong Fong berkata, punca kejadian dipercayai motosikal ditunggangi wanita berusia 54 tahun dan dua kanak-kanak itu hilang kawalan ketika melalui permukaan berpasir. "Semasa kejadian, treler dari arah Klang menghala ke Telok Gong, apabila sampai di persimpangan Jalan Bawal, sebuah motosikal yang ditungga