Kanak² Meninggal Dunia Di Mekah. Luah Hasrat Tidak Mahu Pulang.
PETALING JAYA – Permintaan Nur Alesha Ammara Mohamad Amirul, 4, yang tidak mahu pulang ke Malaysia selepas tiba di Mekah menjadi kenyataan apabila kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir di Madinah Selasa lalu.
Bapa kanak-kanak itu, Mohamad Amirul Zulkafly, 36, berkata, Nur Alesha yang juga anak keduanya itu berkata demikian ketika mereka sekeluarga tiba di sebuah hotel sebelum mengerjakan umrah pada 5 Februari lalu.
“Terima kasih Mummy, terima kasih Abah belikan Nur Alesha rumah baru. Alesha tak nak balik boleh tak?. Itu yang diucapkan anak kepada saya dan isteri Nur Ashwa Johalim.
“Pada mulanya kami tidak perasan semua ini selepas Nur Alesha dikebumikan baru kami sedar semua ucapan dan kegembiraannya.
“Malah Masa di Mekah juga dia ada minta belikan jubah putih dan kami memintanya sabar dan pakai pakaian itu di Madinah kerana perlu dicuci,” katanya ketika dihubungi semalam.
Mohamad Amirul yang juga seorang guru di Sabah memberitahu, mereka sekeluarga berlepas ke Tanah Suci iaitu pada 4 Mac lalu dan tarikh berkenaan merupakan hari ulang tahun kelahiran Alesha yang keempat.
Budak meninggal dunia di Madinah luah hasrat tak mahu pulang.
“Hari dia dikebumikan pula adalah hari yang sepatutnya kami sekeluarga pulang ke Malaysia,” luahnya sebak.
Tambahnya, anaknya seorang yang ramah dan ceria mula berubah sikap apabila tiba di Madinah apabila mula mengalami masalah kesihatan.
“Sebelum itu arwah sihat dan ceria seperti kebiasaan. Esoknya di Madinah lepas ziarah Masjid Nabawi kami ke perkuburan Jannatul Baqi, bersebelahan masjid tersebut.
“Ketika itulah Nur Alesha berubah sikap menjadi manja, tak mahu jalan sendiri dan minta saya dukung.
“Sampai hotel dia mula demam dan kami bagi ubat tetapi malam dia mula menggigil dan hampir sawan sebelum kami menghantarnya ke hospital,” kongsinya.
Mohamad Amirul menyifatkan arwah anaknya sangat bertuah dan dia dikebumikan di Jannatul Baqi.
“Syukur urusan kami dipermudahkan sepanjang di sana. Namun Nur Alesha disahkan tidak dapat diselamatkan pada hari ketiga dia dirawat di hospital,” ujarnya.
Sumber : Kosmo
Comments
Post a Comment