Posts

Showing posts from February, 2023

Dini Schatzmann Bakal Umum Big News Tentang Hubungannya Dengan Janna Nick

Image
  Sebelum ini , Dini Schatzmann dan Janna Nick banyak berkongsi kemesraan mereka di sosial media dan ini menjadi tanda tanya apakah status hubungan mereka sehingga kini. Bagaimanapun Dini enggan memberi sebarang komen tetapi memberitahu ada sesuatu yang bakal diumumkannya dalam masa terdekat mengenai hubungan peribadi mereka Dalam temubual bersama Astro Gempak, Dini memberitahu saat ini bukannya masa yang sesuai untuk memberi komen tentang perhubungan mereka kerana ada beberapa benda terjadi yang tidak patut dikongsikan. Dini juga menegaskan dia tiada masalah dengan Janna Nick malah hubungan mereka masih erat dan sama seperti dahulu. Sumber: Astro Gempak

UAI Jawab Isu Kuliah Dibatalkan, Memang Padu Jawapan Ustaz

Image
  KUALA LUMPUR – Pendakwah dan penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa pihaknya telah sedia maklum bahawa Selangor membenarkan kuliah bagi penceramah yang mempunyai tauliah mengajar di negeri berkenaan sahaja. Bagaimanapun, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI itu berkata, pihak pengurusan Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong tetap meminta supaya beliau hadir bagi menyampaikan kuliah di masjid mereka. Gambar yang dimuat naik di akaun Facebook UAI ketika mengadakan ceramah di Masjid Al-Mubarakah, Kuala Lumpur, malam tadi. “Kita memang dah tahu dari zaman Pakatan Harapan (PH) jadi kerajaan 22 bulan lagi, memang (saya) tidak boleh di Selangor sebab (negeri itu benarkan penceramah) untuk yang bertauliah sahaja. “Cuma ada masjid di Bukit Jelutong ini, mereka minta juga (supaya saya hadir). Kami kata boleh (tetapi) sediakan surat sokongan baru kami boleh pergi, mohon tauliah sementara untuk malam itu sahaja, dan mereka sudah pun mohon. “Selesai semua benda

“Yang ni tak boleh swipe, kena like…”Shuib dah berani dedah hubungan dia dengan Watie

Image
  “Yang ni tak boleh swipe, kena like…”Shuib dah berani dedah hubungan dia dengan Watie. “Yang ini, tak boleh ‘swipe’, kena ‘like’,”. Demikian tulis pelawak, Shuib Sepahtu di ruangan komen hantaran kekasihnya, Watie Hanifiah di Instagram. Tidak hanya itu, komen itu juga disertakan dengan emoji hati, sekaligus mencuri tumpuan ramai netizen terutamanya, peminat mereka. Watie bagaimanapun hanya membalas komen itu dengan ketawa serta emoji. Komen Shuib itu mendapat lebih 500 ‘like’ dan reaksi balas daripada netizen untuk gambar Watie yang berbusana hitam dan kelihatan sedang menolak kereta sorong kanak-kanak. “Bawa baby Ayash (Ayash Affan) ke tu?” tulis satu netizen. “Moga ada jodohnya. Amin. Yang baik-baik untuk anak-anak dan Shuib juga,” tulis satu netizen. “Ala, ‘sweet’. Lama tak tengok Abang Shuib gembira dan bahagia. Yang lalu, biarlah berlalu dan menjadi kenangan indah. “Yang di hadapan, diteruskan demi kelangsungan hidup. Akak doakan Shuib dipermudahkan urusan dunia akhirat, bahagia

(VIDE0) “Bangun tidur mintak keropok…” Gelagat Anak Ryzal Ibrahim Sedang ‘Mukbαng’ Tαrik Perhαtiαn Ramai

Image
  Tidak din4fikan anak – anak yang dalam proses membesar pastinya akan suka makan tidak kira masa dan ketika.   Pant4ng nampak makanan di hadapan pastinya akan diminta untuk diberikan kepada mereka dan menjadi santapan mereka.   Seperti perkongsian daripada personaliti media Ryzal Ibrahim dan Maryam mengenai anak mereka, Nik You Rina yang berusia setahun.   Menerusi perkongsian di laman Instagram milik anak pasangan ini iaitu Duriankimchijuniour, dapat dilihat Rina menghulurkan sesuatu kepada mamanya.   Rina yang baru bangun daripada tidur dengan rambut kusvt menghulurkan bek4s keropok untuk dibukakan.   Gelagat Rina yang sedang makan keropok berperisa ped4s dengan bersungguh menghiburkan mereka yang melihat.   “Lailahailallah.. pagi2 bangun mintak buka kotak keropok. Kenapa budak ni suka sangat keropok cili,” kapsyennya.   Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur melihat gelagat Rina yang asyik memakan keropok.   “Rina ada mix darah kelate,tu yang minat keropok i

Kanak² Meninggal Dunia Di Mekah. Luah Hasrat Tidak Mahu Pulang.

Image
  PETALING JAYA – Permintaan Nur Alesha Ammara Mohamad Amirul, 4, yang tidak mahu pulang ke Malaysia selepas tiba di Mekah menjadi kenyataan apabila kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir di Madinah Selasa lalu. Bapa kanak-kanak itu, Mohamad Amirul Zulkafly, 36, berkata, Nur Alesha yang juga anak keduanya itu berkata demikian ketika mereka sekeluarga tiba di sebuah hotel sebelum mengerjakan umrah pada 5 Februari lalu. “Terima kasih Mummy, terima kasih Abah belikan Nur Alesha rumah baru. Alesha tak nak balik boleh tak?. Itu yang diucapkan anak kepada saya dan isteri Nur Ashwa Johalim. “Pada mulanya kami tidak perasan semua ini selepas Nur Alesha dikebumikan baru kami sedar semua ucapan dan kegembiraannya. “Malah Masa di Mekah juga dia ada minta belikan jubah putih dan kami memintanya sabar dan pakai pakaian itu di Madinah kerana perlu dicuci,” katanya ketika dihubungi semalam. Mohamad Amirul yang juga seorang guru di Sabah memberitahu, mereka sekeluarga berlepas ke Tanah Suci iait

Kes Saman Kakak Ipar, Mahkamah Tolak Rayuan Ali Puteh

Image
  Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak rayuan pelawak, Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah terhadap Siti Norhidayah Mohd Ali. Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarganya diperintah membayar RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey itu oleh Mahkamah Sesyen pada 18 Februari lalu, kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu. Dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh turut menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak tuntutan saman mereka terhadap Norhidayah dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman. Saman itu berkaitan temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun YouTube Aliff Syukri Sementara itu, rayuan Norhidayah untuk menaikkan jumlah ganti rugi yang diperintahkan Mahkamah Sesyen, Februari lalu selepas membenarkan tuntutan sa

“Dengan muka tak bersalah..” Cik Oyen Tersangkut Tingkat 7, Abang Bomba Datang Menyelamat Buat Ramai Terhibur!

Image
  Si bulus bernama kucing ini banyak karenah dan telatahnya, sampaikan orang ramai geram betul apabila melihat aksi-aksi mereka! Lebih-lebih lagi, kucing yang berwarna jingga ataupun ‘Oren’ ini sering dicop sebagai kucing yang aneh-aneh sahaja perangainya. Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana ‘Cik Oyen’ tersangkut di luar rumah setinggi 7 tingkat sehinggakan pihak bomba terpaksa dihubungi untuk menyelamatkan keadaan telah meraih perhatian ramai. Menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh pihak Balai Bomba Sri Hartamas di laman Facebook mereka, kelihatan dua ahli bomba bekerjasama dalam membantu untuk menyelamatkan Cik Oyen itu. Difahamkan, ramai juga yang risau akan keselamatan dua anggota bomba tersebut kerana mereka hanya boleh menjejakkan kaki di atas tapak dan ruang yang begitu kecil. Walau bagaimanapun, misi khas itu akhirnya berjaya dilaksanakan! Cik Oyen dapat diselamatkan dan dikembalikan kepada tuannya. Akan tetapi apa yang mencuri perhatian orang ramai adalah apa

Kalau benda betul, kenapa perlu del3te vide0 balik – Hidayah

Image
Nampak gayanya isu antara balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali dengan adik iparnya, Ali Puteh yang juga seorang pelawak belum menemui titik ‘damai’. Tuduh Hidayah hantar benda ‘syirik’ Mana tidaknya, kehadiran Hidayah di rumah peninggalan suaminya tidak disambut baik dan Ali pula mendakwa kakak iparnya menghantar sesuatu ‘barang’ dipercayai upacar ritual kepada mereka sekeluarga. Walau bagaimanapun, video yang dimuat naik oleh pelawak berusia 34 itu dipadam sejurus mendapat perhatian ramai sebelum menular seperti wabak di media sosial. Malangnya, ia berjaya disimpan oleh segelintir pihak dan seterusnya tersebar luas di media sosial termasuk laman YouTube. Kalau betul kenapa padam balik video? Hidayah bagaimanapun tidak kisah sekiranya Ali mahu memuat naik video berkenaan sekiranya berpaksa pada kebenaran bahawa dia benar-benar menghantar ‘barang’ di kawasan rumah peninggalan arwah Abam Bocey. Apa yang menjadi pertikaian Hidayah adalah ‘mengapa’ Ali perlu memadam s

Selepas mengid4m bau simen dinding, Asha Merican nak main lat0-lat0 pula

Image
Kuala Lumpur: Selepas mengidam menghidu bau simen dinding, pelakon Asha Merican, 25, yang kini hamil trimester ketiga, mengidam untuk memiliki permainan lato-lato pula. Ini memaksa suaminya yang juga pelakon, Harris Anuar bergegas mencarinya dan akhirnya berjaya mendapatkannya selepas meninjau di lima kedai. “Geng, bini mengidam nak main lato-lato mana nak cari eh? Dah pergi lima kedai Acheh tak jumpa-jumpa. Tolong,” tulisnya di Instagram semalam. Perkongsian ini mendapat tanda suka lebih 12,000 pengikutnya serta lebih 500 komen termasuk rakan-rakan selebriti. Malah, ada antara mereka menulis komen nakal mengusiknya. Asha ketika dihubungi berkata, dia gembira apabila suaminya berjaya membeli lato-lato “Memang saya dah lama mengidam nak main lato-lato ini. Banyak juga kedai dia pergi cari tapi tak jumpa-jumpa. Akhirnya ramai orang beritahu dekat Uptown Damansara ada jual. Memandangkan kami tinggal di Damansara, suami pergi beli di sekitar sini. “Sebenarnya rasa pelik juga sebab ini kali

Kerajaan kekal keputusan tak benarkan pengeluaran KWSP – PM

Image
  ANWAR Ibrahim bersalaman dengan mahasiswa dan warga Unisel selepas menyampaikan syarahan ulung Kursi Siddiq Fadzil Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF KUALA SELANGOR: Kerajaan masih mengekalkan keputusan tidak membenarkan pengeluaran wang simpanan dalam tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelang pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari ini. “Kita sudah perjelaskan, dahulu diminta dikeluarkan, banyak dikeluarkan jadi yang tinggal RM10,000, RM5,000, yang hendak keluarkan itu kena fikir apa pilihan kita, ada RM5,000, RM10,000 hendak keluar, pencen empat tahun lagi apa hendak jadi? “Betul (pengeluaran untuk kelangsungan hidup) tetapi kalau wang dia ada tak apa, kalau wang tidak ada. Ada RM5,000 tinggal RM3,000, jadi kalau dia pencen esok ada yang hendak pencen dua tahun tiga tahun lagi,” katanya ditemui pemberita hari ini. Kerajaan sebelum ini sudah pun membenarkan pengeluaran khas daripa