Zamani makin bertenaga

Zamani Slam dan Ariff Peter ketika majlis pelancaran lagu tema filem Coast Guard berjudul 'Yes Sir'. FOTO Hairul Anuar Rahim

Subang: Rezeki penyanyi Zamani Slam, 52, dilihat semakin murah walaupun masih dalam proses pemulihan selepas selamat menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan swata di Cheras pada 7 November lalu.

Semalam, Zamani hadir pada majlis pelancaran lagu tema filem Coast Guard, Yes Sir nyanyiannya bersama bakat baharu dikenali, Ariff Peter di Stesen Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini.

 Pada persembahannya, Zamani dilihat sangat bertenaga, dan paling utama nampak jelas dirinya sudah boleh berdiri dan berjalan tegak ketika membuat persembahan nyanyian. Begitu juga, kawalan vokal Zamani juga masih dalam keadaan baik.

Boleh dikata, persembahan Zamani ketika menyanyikan lagu Yes Sir itu tidak menghampakan dan tetamu yang hadir pada acara berkenaan juga memberi tepukan gemuruh kepadanya sebaik persembahan selesai.

Bagaimanapun, usaha media yang hadir untuk menemubual Zamani tidak kesampaian apabila dimaklumkan oleh rakan duetnya, Ariff Peter bahawa penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu harus pulang awal.

"Saya mohon maaf kepada semua rakan media kerana abang Zamani terpaksa pulang awal atas sebab masalah kesihatan yang dihadapi," katanya ketika sidang media berlangsung.

Terdahulu, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim ketika ditemubual media sebelum ini memaklumkan keadaan kesihatannya semakin baik dan sihat walaupun masih belum pulih sepenuhnya.

"Banyak juga yang terbatas. Sakit pula 'on and off' datang. Malah, ada kalanya kaki saya bengkak, namun digagahkan juga untuk buat persembahan," katanya ketika ditemui media pada konsert sempena sambutan Tahun Baru 2023, baru-baru ini.

Zamani berkata, bagaimanapun dia perlu berjaga-jaga dari melakukan aktiviti seperti menunduk, membongkok dan kerja berat yang lain. Namun, Zamani turut memaklumkan dia sentiasa merujuk dan mendapatkan nasihat daripada doktor.

Disiarkan pada: Januari 18, 2023 @ 5:35pm


Comments

Popular posts from this blog

Wang bantuan persekolahan RM109,000 hilang sekelip mata dicuri

(VIDE0) Insiden Fasha Sandha Cedera Di Set Penggambaran, Azhan Rani Tampil Beri Respons – “Rehearsal Dah Dilakukan, Segalanya Hanya Teknik Saja Tapi…”

Taska Biarkan Budak-Budak dalam Bilik Isolasi Yang Kosong Tiada Apa Apa