"Saya Mendoakan Semoga Perceraian di antara Syamsul dan Puteri Sarah Tidak Terjadi'. - Yusof Haslam
'Saya Mendoakan Semoga Perceraian di antara Syamsul dan Puteri Sarah Tidak Terjadi'. - Yusof Haslam
KUALA LUMPUR : SATU Malaysia tahu betapa kecewanya Datuk Yusuf Haslam terhadap tindakan anaknya, Syamsul yang mengakui sudah beristeri dua.
Kolam hatinya berkocak. Perbuatan Syamsul yang membelakangkan keluarga dengan membuat keputusan berkahwin sekali lagi di Thailand, sekali gus menyaksikan menantu kesayangannya, Puteri Sarah Liyana dimadukan amat menghiris perasaannya dan isteri.
Walaubagaimanapun, Datuk Yusof Haslam memujuk menantu, Puteri Sarah Liyana agar menimbang semula keputusan mahu menuntut cerai daripada anaknya, Syamsul.
Akur pendirian dibuat Puteri Sarah seperti yang diumumkan semalam, Yusof bagaimanapun menaruh harapan agar perceraian anak dan menantunya itu tidak akan berlaku.
"Saya berbincang dengan Puteri Sarah dan memujuknya untuk mempertimbangkan keputusannya itu.
"Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut cerai hinggalah proses perceraian itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perceraian itu tidak terjadi.
"Jika perceraian itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan," katanya kepada BH Online.
Menurut berita harian, Puteri Sarah, 38, mengesahkan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, Isnin ini.
Puteri Sarah dilaporkan berkata, dia enggan melengahkan masa dan mahu memfailkan perceraian segera.
Selain itu, katanya, keputusan untuk berpisah dibuat atas persetujuan keluarga.
Puteri Sarah juga dilaporkan mahu mencari ketenangan dan memulakan hidup baharu.
Keputusan Puteri Sarah itu juga telah disahkan peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu.
Yusof berkata, sebagai orang tua, dia sentiasa mendoakan supaya ada sinar di hujung terowong di sebalik apa yang berlaku.
Comments
Post a Comment