Prosiding bela diri Siti Bainun ditangguh lagi, tiga peguam tarik diri

Kuala Lumpur: Prosiding bela diri pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella ditangguhkan esok, berikutan tiga peguam yang mewakilinya menarik diri.

Mohammad Farhan Maaruf dan Nur Ellena Mohamed Razif memfailkan permohonan menarik diri secara bertulis kepada Mahkamah Sesyen, di sini, Jumaat lalu, manakala Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor membuat permohonan secara terbuka di mahkamah hari ini.

Hakim Izralizam Sanusi berkata, pihaknya akur dengan permohonan terbabit walaupun isu itu menjejaskan kelancaran perbicaraan kes itu yang tertangguh beberapa kali.

Katanya, perkara itu tidak wajar berlaku kerana tarikh perbicaraan sudah ditetapkan dan dipersetujui semua pihak lebih awal dan mereka mempunyai masa mencukupi untuk membuat permohonan sekiranya mempunyai sebarang masalah.

"Untuk Nur'Aminahtul adalah menjadi tugas mahkamah meneliti permohonan itu (tarik diri), namun pada akhirnya itu adalah hak peguam itu sendiri.

"Dalam rekod mahkamah masih lagi ada baki peguam mewakili kamu (Siti Bainun) belum buat permohonan iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Asiah Abd Jalil, jadi saya perlu minta mereka nyatakan pendirian dan saya hendak penjelasan mereka.

"Saya tangguhkan (perbicaraan) esok untuk mengetahui status peguam sama ada kamu mencari peguam baru menggantikan Nur'Aminahtul atau kekalkan Nurul Hafidzah dan Asiah," katanya dalam mahkamah petang ini.

Terdahulu ketika Izralizam meminta penjelasan mengapa permohonan itu dikemukakan pada saat akhir, pagi ini, Nur'Aminahtul menjelaskan, pihaknya berpendirian tidak akan mewakili Siti Bainun kerana kekangan masa dan masalah peguam menarik diri kerana pembahagian tugasan sudah dibuat.

Comments

Popular posts from this blog

Wang bantuan persekolahan RM109,000 hilang sekelip mata dicuri

(VIDE0) Insiden Fasha Sandha Cedera Di Set Penggambaran, Azhan Rani Tampil Beri Respons – “Rehearsal Dah Dilakukan, Segalanya Hanya Teknik Saja Tapi…”

Taska Biarkan Budak-Budak dalam Bilik Isolasi Yang Kosong Tiada Apa Apa